Saturday, March 21, 2009

MENGOBATI SAKIT PINGGANG DAN URAT SARAF

Kadang kadang kita merasa seluruh badan kita sakit sakit, lengoh lengoh, sakit urat dan sebagainya. Sakit leher, sakit bahu, sakit pinggang dan rasa kebas kebas tangan kaki.

Kira kira 5 tahun dahulu saya pernah mengalami penyakit ini. Saya telah coba berbagai obat samada dari klinik dan farmasi serta juga dari kedai herba, namun ianya sembuh sekejab dan datang lagi.......Bila pergi kepada dukun dia kata kena buatan orang.

Entah macamana, mungkin saya selalu berdoa kapada Allah minta di sembuhkan penyakit ini, saya di ketemukan secara kebetulan dengan seorang tua di Pulau Langkawi, di kampung Ulu Melaka, kira kira 2 tahun lalu (beliau tak ingat tarikh kelahirannya, tapi dia kata masa Jepun dia dah kahwin). Dia memberikan saya 2 ketul kecil sejenis ubi kunyit supaya saya memakannya. Saya kisar ubi itu halus halus dan memakannya dengan air suam. Saya terkejut apabila 2 jam kemudian penyakit saya hilang dan selepas itu saya menunggu beberapa minggu kalau kalau penyakit itu datang lagi kerana ada lagi seketul ubi yang masih saya belum gunakan. Sudah setahun berlalu namun penyakit itu tidak datang. Saya ambil keputusan menanam ubi tersebut dan menjaganya baik baik. Sekarang pokok ubi itu telah membiak dan saya mula memperoseskannya menjadi sebuk untok perubatan sakit urat.

Saya cuba beberapa kali pergi lagi ka Langkawi dalam usaha mencari orang tua itu tetapi gagal menemuinya. Ada beberapa orang tua yang saya temui bertanyakan kabar, selepas menggambarkan rupa paras orang tua itu kepada mereka hanya tersenyum kepada saya dan mereka berkata: "orang tua tu macam Ayah Tok Syed, seorang pengembara, ulama-dukun terkenal dalam tahun 30an dulu, tapi dia dah lama meninggal dunia di Malabar, India......orang kata pokok tu namanya kunyit bayan....hang bertuah dapat jumpa dia, hadiahlah Fatihah kepadanya dan tanam baik baik pokok tu...."

Sekarang serbuk kunyit bayan telah saya keluarkan (sikit sikt saja) dalam bentuk kapsul dan anda boleh mendapatkannya dengan harga RM20.00 bagi 10 biji. E mail saya khazihjhussain@yahoo.com kalau berminat.

2 comments:

  1. Bagaimana saya boleh mendapatkan kapsul tsb.
    Emailkan info to adsham72@gmail.com
    Tq.

    ReplyDelete
  2. Salam, setiap penyakit ada ubatnya...kena berusaha cari ubat sebagaimana Abah saya bngkak di kaki hampir 3 bulan...Hospital pun dktr xblh buat ape2...shgga abah cuba Pil Urat Hjh Rokiah...

    Alhamdulillah bukan sekadar abah dah sembuh dgn izin Allah selama 3 hai je...tp, orang kampung dan lain 95% dpt feedback yang baik...Alhamdulillah...terbaru Tan Sri Jins Syamsudin dah cuba...die pun kata, setelah beribu2 abis duit tuk berubat...

    Alhamdulillah Pil Urat ni amat berkesan untuk dirinya...Izin Allah..
    Sampai sekarang dia beli ubat ni dengan Abah..

    Lawati : http://herbamalays.blogspot.com

    ReplyDelete